Tuesday, July 13, 2010

Teratak Anna Abadi

Dulu, saya memang peminat Anna Abadi dan sering mengikuti blog beliau ketika dia masih hidup. Design graphic blog dia best sangat... di sertakan dengan musik background yang lembut. Tetapi Tuhan lebih mengasihi dia dan dia telah di panggil dan kembali kepada-Nya pada waktu umur dia berumur 29 tahun (26 Dec 2006).

Di atas permintaan beliau sendiri:

Pesanan anna…tutuplah hompej anna. ..tutuplah blog anna…tutuplah Teratak dan segala-gala perkara yg melibatkan anna di internet. Buanglah semua gambar-gambar anna yg tersimpan di chamber rahsia yg hanya diketahui teman-teman rapat. Buanglah puisi-puisi anna kerana anna tidak mahu kawan-kawan anna bersedih dgn apa yg anna tinggal. Hilangkan semua jejak anna di alam maya yang tidak bertepi ini. Mereka tahu password anna. Password anna hanya satu utk semua perkara. Anna tidak pernah mengubahnya sejak pertama kali anna mengenali apa itu password di alam maya. Password itu tetap sama dan ada makna tersendiri. Mereka adalah kawan-kawan anna yang anna percayai dan anna tahu mereka tidak akan mengecewakan permintaan anna.

Anna tidak mahu website anna tergantung-gantung di maya selepas ketiadaan anna. Anna telah banyak melihat website dan blog yang ditinggalkan sepi oleh pemiliknya yang sudah kembali kepada Tuhannya. Dan tahun ini saja sudah ada 2 teman blog anna yg deceased. Salah satunya blog teman blogger anna, misznana yg telah kembali ke rahmatullah. Blognya tergantung begitu saja tanpa ada sesiapa menutupnya.

http://sukns.blogspot.com/2009/03/teratak-anna-abadi.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...