Sudah beberapa bulan saya menjalani rawatan dan harus di suntik dengan Intron-A ataupun Interferone alpha... rasanya sakit kerana saya harus suntik sebanyak 3 kali dalam 1 minggu.. dan rawatan ini harus di teruskan selama 1 tahun. Sakit kerana tajamnya jarum dan kesan sampingan dari ubat ini.
Selama saya menjalani rawatan ini, rambut saya bnyk yg luruh tapi ga semuanya dan rambut ku juga menjadi semakin nipis. Kadang, saya mengalami sakit di seluruh badanku dari atas, belakang dan terasa tulang-tulang ngilu akibat dari kesan sampingan Intron-A ini. Saya juga sering demam dan darahku harus sentiasa di ambil untuk di periksa di makmal. Tiap bulan, aku harus rajin mengambil darah dan harus rajin berjumpa dengan doktor ku di Oncology. Kadang, aku rasakan mual ataupun 'nauseated' dan aku juga rasakan kadang apa yang saya makan berubah rasa.
Sekarang adalah waktu yang membuat saya risau kerana Suntikan ku Interferon-A ga ada stock di seluruh Brunei dan pharmacy juga sedang berusaha mencari dan membawa stock Interferone-A ke Brunei. Kadang saya rasa malas dan seperti putus asa untuk meneruskan suntikan ini tapi ini adalah satu-satunya cara rawatan yang ada.. ga ada Pil, ga ada jenis serbuk, ga ada jenis cairan (liquid)... yang ada cuma suntikan yang menyakitkan. Seperti nya saya ga punya pilihan lain melainkan meneruskan suntikan ini.
Walaupun saya harus menjalani rawatan yang menyakitkan ini, kata doktor, ga ada Jaminan 100% jika kanker ku tidak akan kambuh.. Tapi semuanya adalah berserah pada Tuhan saja. Kita manusia cuma dapat merancang tapi semuanya di Tangan-Nya. Semuanya tergantung cara kita berfikir.... dan cara kita menanggapi setiap persoalan yang kita hadapi.
No comments:
Post a Comment